PERANGI RIBA | #MALAKATMALL – AYUH PERANGI RIBA BERSAMA!

This post is also available in: English

Ayuh bersama dalam Perjuangan untuk membebaskan Bangsa Melayu tercinta dari sistem ekonomi berasaskan Riba dan berusaha mengembalikan kehebatan Bangsa Melayu di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Malakat dipilih sebagai nama mall yang merupakan nama yang diberi oleh pedagang Arab yang bermaksud ‘Perhimpunan segala Dagang’ adalah bertujuan untuk membakar semangat orang Melayu agar kita menyedari Bangsa yang pernah hebat dan dihormati di seluruh dunia ini mempunyai keupayaan untuk kembali bangkit dan kembali hebat! InshaAllah!

Saya hanyalah pencetus dan peneraju bahtera perjuangan yang di panggil Malakat Mall. Versi moden kapal ‘Mendam Berahi’ kita. Projek pilot pertama ini memerlukan pengorbanan kita bersama bagi membuktikan kepada masyarakat kita bahawa kita boleh berjaya sekiranya kita menyatukan kekuatan yang sedikit masih ada di dalam kita.

Satu Malakat Mall memerlukan minima 15,000 keluarga memindahkan perbelajaan harian dan bulanan keluarga dari ‘Mall’ lain ke Malakat Mall. Walaupun agak jauh sedikit dan mungkin belum lengkap sepenuhnya lagi, tetapi kami mengharapkan sokongan dan pengorbanan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Oleh kerana di peringkat pembukaan, ramai yang tidak percaya bahawa Malakat Mall ini boleh berjaya, tiada yang mahu bersama kami. Jadi kami terpaksa membina jenama-jenama baru sendiri bagi memastikan bahawa ianya menjadi seperti Mall yang setanding dengan Mall-Mall lain.

Alhamdulillah! Dengan bantuan Allah pastinya, kita menyaksikan lebih 24,000 datang ke Malakat Mall dalam empat hari pertama pembukaan sebelum PKP dilaksanakan.

Malakat Mall yang pertama adalah projek pilot yang dimiliki sepenuhnya oleh kami dan kami serahkan hak royalti dari jualan kepada Kooperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) secara berperingkat mengikut kapasiti KoPPIM.

Ini bagi memastikan pelaburan KoPPIM tidak mengambil risiko terlalu tinggi. InshaAllah kami yakin akan dapat memberi pulangan Dividen kepada ahli dari 8-15% setahun.

Malakat Mall ini milik ANDA dengan hanya RM100 sebulan! Kempen menambahkan keahlian KoPPIM menyasarkan 1 juta ahli yang dapat di tarbiah tentang kepentingan bersama dalam KoPPIM ini.

Kami sangat berharap anggota MPM bersama-sama kami menjadikan KoPPIM sebagai wadah penyatuan Bangsa Melayu. Kita hanya akan kuat jika kita menguasai pasaran runcit negara.

Seperti semua maklum nilai belanja runcit negara kita pada 2019 bernilai RM 110 Billion. Bangsa Melayu hanya mendapat kurang 8% dari jumlah besar ini. Jumlah ini sebenarnya di sumbangkan oleh Bangsa Melayu sendiri sebagai pengguna terbesar negara kita.

Yang lebih menyedihkan 60% dari RM110 Billion ini sebenarnya dikuasai oleh syarikat-syarikat asing. Kita mempunyai beberapa peluang untuk mengambil alih pemilikan strategik seperti TESCO, McDONALD, Burger King, A&W tetapi oleh kerana kita tidak mepunyai entiti pelaburan strategik, kita gagal mengambil peluang mengambil alih ketika mereka dijual.

KoPPIM akan menjadi entiti pelaburan strategik Bangsa Melayu dan Umat Islam Malaysia. Kita cuma perlu yakinkan Saudara-Saudara kita untuk menjadi ahli dengan hanya membeli saham RM100 sebulan sahaja.

Saya menjemput semua SAUDARA menjadi penasihat dan pemantau perjalanan KoPPIM dan Malakat Mall.

Kami bersedia belajar, ditegur, diperbaiki dan sangat terbuka untuk menerima nasihat dari sahabat perjuangan.

Pemindahan rutin perbelanjaan runcit dari Mall lain ke Malakat Mall akan meyakinkan Saudara kita yang belum sedar lagi.

Sasaran Kami

Satu Malakat Mall 15,000 keluarga x RM1,667 (belanja keluarga) x 12 = RM300 Juta x 100 Mall = RM30 Billion setahun.

Ini akan membolehkan kita untuk mengambil alih 30% syer pasaran dari syarikat asing. Alhamdulillah! Kami telah menerima lebih 10 tawaran mengambil alih Mall-Mall diseluruh Malaysia.

Saya berharap akan kerap bertemu dengan SAUDARA yang berbelanja di Malakat Mall.

Ya Allah! Saksikanlah usaha kami dalam mencari redha Mu demi mengembalikan kegemilangan Islam dan melindungi keluarga kami dari kemurkaan Mu. Jika aku mati, matikanlah aku dalam perjuangan ini!

Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi dan Pendidikan Islam

Ayuh bersama miliki Malakat Mall dengan hanya RM100 sebulan! Daftar sekarang www.KoPPIM.com.my/daftar

#CoachFadzil
#MalakatMall
#MalliniMilikANDA
#KoPPIM

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *