NORIBA

This post is also available in: English

Secara dasarnya, lebih 90% keluarga di negara ini berpendapatan sederhana dan golongan ini juga terperangkap dalam sistem Riba.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70% keluarga menggunakan pendapatan bulanan mereka untuk membayar balik pinjaman bank.

Ini juga memaksa mereka menggunakan sedikit wang untuk dibelanjakan untuk membeli keperluan harian dan menyimpan wang dilihat sebuah angan-angan.

Apabila kita terlalu mengejar kekayaan dengan berbelanja dengan boros tanpa kawalan, ia mendorong seseorang itu untuk membuat pinjaman di bank.

Ia juga menjadi satu masalah besar apabila kita tidak dapat membayar semula pinjaman dan boleh berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Dana Noriba yang ditubuhkan ini untuk membantu anda yang mempunyai masalah kewangan.

Namun, permasalahan ini tidak akan dapat diselesaikan jika tidak mengemukakan puncanya.

Pemohon Dana NoRiba akan diperlukan untuk menghadiri satu latihan khas menilai tahap bantuan kewangan.

Setelah itu, hanya pemohon berkelayakan akan diberi peluang untuk membayar balik pinjaman dengan menggunakan Dana NoRiba.

Pemohon juga dikehendaki untuk membayar balik Dana Noriba tanpa sebarang faedah.

Ini akan membolehkan Dana NoRiba berfungsi sebagai satu dana pusingan untuk membantu pemohon berkelayakan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.