BERSEDEKAH

Assalamualaikum kepada Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dimuliakan Allah.

Semoga anda semua dan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan dilindungi dari segala bahaya dan wabak penyakit.

Salah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk pelihara diri dan keluarga kita dari sebarang musibah ialah melalui sedekah, sesungguhnya Allah s.w.t telah berjanji, barang siapa yang bersedakah akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik disaat yang kita memerlukan.

Atas dasar ini dan demi membiasakan amalan sunnah yang mudah ini dikalangan anak-anak kita jom kita bersama-sama salurkan sedekah di hari Jumaat ini bersama-sama anak-anak kita secara “Online” ke tabung Noriba.io iaitu satu inisiatif bagi membina ekosistem ekonomi Islam yang bebas riba.

Sepertimana firman ALLAH SWT bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (Surah As-Saff :10-12).

Ayuh lakukan sedekah Jumaat harini bersama-sama anak-anak anda sekarang di www.Noriba.io sekarang. Semoga sedekah anak-anak Tuan-tuan dan Puan-puan semua diberkati dan menjadi titik tolak usaha Tuan-tuan dan Puan-puan untuk keluar dari sistem riba.

Terima kasih diatas sokongan yang diberikan kepada kami.

Jazakallah.

Coach Fadzil

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *