Bebas Riba 2030

Usaha Untuk Membina
Ekosistem Ekonomi Islam Yang Bebas Riba

Kelebihan Bersedekah

SIKAP memberi atau bersadaqah mempunyai kelebihan dalam urusan mencari rezeki. Bahkan dapat membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang
melakukannya. Sadaqah juga adalah lawan kepada RIBA.

Sadaqah Lawan Kepada Riba

“Allah memusnahkan RIBA dan menyuburkan SADAQAH. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.”
(QS. Al-Baqarah: 276)

Sedekah Membawa Keberkatan

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(QS Al-Baqarah : 261).

Sadaqah Solusi Kepada Riba

Banyak fadhilat yang dijanjikan oleh Allah dan rasulNya buat mukmin yang bersadaqah dan berinfaq pada jalan yang diredhai Allah. Jadi, ayuhlah kita bersadaqah dan memberi kepada usaha yang dilakukan untuk membawa ummah keluar dari RIBA tanpa ada sebarang keraguan!

Sadaqah jumaat

Sesi persekolahan telah bermula selepas sekian lama anak-anak kita bercuti.

Suka ingin kami maklumkan buat semua ibubapa sama ada yang baru dan sedia ada dalam program sadaqah Jumaat.

Program RM1 Sadaqah Jumaat ini adalah untuk memupuk budaya Sadaqah dan Infaq di kalangan anak-anak kita sejak di usia muda lagi.

Untuk tahun ini semua Sadaqah Jumaat akan di salurkan kepada tabung NoRiba di bawah Yayasan Brainy Bunch dengan tujuaan untuk membina Ekosistem Ekonomi Islam yang bebas Riba dan lebih adil.

Atas dasar itu suka kami mencadangkan untuk ibubapa membekalkan anak-anak anda RM1 untuk di masukkan kedalam tabung NoRiba yang disediakan di kampus-kampus dan sekolah antarabangsa kami.

Ibubapa digalakkan untuk bercerita tentang peranan Sadaqah Jumaat yang mereka hulurkan itu dalam usaha kita untuk mengeluarkan diri dan keluarga kita dari cengkaman Riba yang kita tau Allah tidak redha dan Allah dan Rasul lancarkan perang kepada pengamalnya.

Semoga dengan usaha Sadaqah Jumaat ini dan niat kita untuk melawan sistem Riba ini mendapat redha Allah dan mendapat Jannah tanpa hisab. Amen.

Buat ibubapa yang hendak bersadaqah lebih anda boleh salurkan Sadaqah anda di Tabung Noriba.