Bebas Riba 2030

This post is also available in: English

MASYARAKAT NORIBA

INFAQ NORIBA OLEH COACH FADZIL

ALLAH swt mengharamkan RIBA, malah mengisytiharkan perang terhadapnya. Secara asasnya, apa sahaja yang melebihi jumlah pinjaman asal itu di takrif sebagai RIBA. Begitu ramai ilmuan Islam menulis mengenai definasi RIBA. Justeru, saya tidak akan menulis panjang mengenainya.

Saya bukanlah seorang Ustaz, tetapi saya pasti RIBA itu haram! Ia bukan haram semata-mata kerana ALLAH swt mengharamkannya, tetapi ia haram kerana RIBA itu tidak baik untuk manusia.

Sistem RIBA adalah ibu kepada segala penyakit kronik kewangan pada hari ini. Begitu ramai mereka yang terperangkap di dalam sistem RIBA ini sehingga mereka terpaksa bekerja untuk tuan punya sistem RIBA ini di sepanjang hayat mereka.

Dunia perbankan sedang mendominasi dan menguasai dunia dengan sebuah perancangan besar memperhambakan manusia secara moden. Sebagai contoh, seseorang itu bekerja 30 hingga 40 tahun untuk membayar pinjaman perumahan, kereta atau kelengkapan di rumah melalui jual beli yang menggunakan sistem RIBA. Dia bekerja dan mendapat gaji untuk membayar hutang rumah + RIBA.

Bagaimana pun, apakah kita sebenarnya mampu hidup bebas daripada sistem RIBA ini? Apakah ia mungkin? Bagaimanakah cara hendak membeli rumah tanpa menggunakan skim pinjaman tradisional ini? Meskipun pelbagai bank telah menawarkan versi-versi perbankan Islam, apakah benar perbankan Islam terkini sebenarnya BEBAS dari RIBA?

Usaha ini meskipun tampak seperti Islamik, namun ia tidak sebenar-benarnya BEBAS dari RIBA. Secara tamsilannya, ia umpama seorang tuanpunya kedai menjual arak dan lain-lain perniagaan yang tidak patuh syariah seperti judi dan lain-lain transaksi bersumberkan RIBA. Oleh kerana ramai orang Islam di kawasan itu memerlukan kedai-kedai yang Islamik, tuanpunya kedai itu membuka juga kedai-kedai yang menjual produk dan perkhidmatan Islamik.
Keuntungan dan cara transaksi yang dijalankannya tidak ubah mengikut sistem RIBA. Cuma kali ini istilah ‘aqad’ digunakan agar ia tampak Islamik. Dengan menggunakan istilah-istilah Islam, kini mereka menggelarkan ia sebagai kedai-kedai Islam!
Apakah ini boleh kita terima sebagai Islamik? Bagi saya, tidak! Tetapi kebanyakan para sarjana kita telah menerima konsep ini. Malah, mereka mempunyai penasihat Syariah untuk menyokong bahawa versi perbankan Islamik mereka dibenarkan agama. Kita tidak menyalahkan Ulama yang terpaksa berijtihad berdasarkan apa yang kita ada sahaja tetapi kita tidak boleh berdiam diri tanpa usaha untuk menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah!

FADHILAT SEDEKAH

SEDEKAH

RIBA

Diberikan tanpa mengharapkan balasan apa-apa

DEFINISI

Bayaran tambahan biasanya dikenali sebagai faedah di atas jumlah pinjaman asal

Apabila disumbangkan ke dana strategik untuk memberikan bantuan kewangan kepada anggota masyarakat NORIBA

Sebab wujud

Apabila pinjaman diberikan, faedah yang dikumpulkan adalah mengumpulkan keuntungan bulanan yang tidak elok bagi bank dan pemegang sahamnya

Mengubah dana untuk membebaskan ahli dari RIBA dan menghasilkan amal soleh walaupun di akhirat kita

Tawaran nilai

Hamba hutang sepanjang hayat

FADHILAT SEDEKAH

DEFINISI

SEDEKAH

Diberikan tanpa mengharapkan balasan apa-apa

RIBA

Bayaran tambahan yang biasanya dikenali sebagai faedah di atas jumlah pinjaman asal

Sebab wujud

SEDEKAH

Apabila disumbangkan ke dana strategik untuk memberikan bantuan kewangan kepada anggota masyarakat NORIBA

RIBA

Apabila pinjaman diberikan, faedah yang dikumpulkan adalah mengumpulkan keuntungan bulanan yang tidak elok bagi bank dan pemegang sahamnya

Tawaran nilai

SEDEKAH

Mengubah dana untuk membebaskan ahli dari RIBA dan menghasilkan amal soleh walaupun di akhirat kita.

RIBA

Hamba hutang sepanjang hayat

STRATEGIK INFAQ

#NORIBA #STRATEGIK INFAQ

Malakat Mall, Cyberjaya

#NORIBA #STRATEGIK INFAQ

NORIBA Infaq

RM 1,000,000,000

MATLAMAT

#NORIBA #STRATEGIK INFAQ

Malakat Mall, Masjid Tanah